Unsur Budaya Dalam FIlem Tanda Putera





BAHASA DAN POSTER (TANDA PUTERA)
Tanda putera merupakan sebuah filem yang memaparkan suka duka kisah benar yang pernah berlaku pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Filem ini mengisahkan persahabatan akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakitnya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara.
Bahasa yang digunakan dalam teks “TANDA PUTERA” jelas menunjukkan bahawa aspek patrotisme sangat ditekankan dalam filem ini. Hal ini kerana filem ini boleh menjadi teladan kerana walaupun kedua-dua tokoh sedang menyabung nyawa, namun mereka berdua tetap bergadai nyawa demi mempertahankan negara dan tanah air. Teks itu membawa maksud tentang keberanian, dedikasi dan patriotisme kedua-dua pemimpin ini yang berjaya membawa kestabilan dan keharmonian negara walau terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan yang kritikal.
Bagaimanapun, filem ini sememangnya berbaloi untuk ditonton kerana isi dan jalan ceritanya cukup berkesan dalam membangkitkan kembali ingatan rakyat terhadap sejarah kemajuan Malaysia.

UNSUR BUDAYA DALAM FILEM TANDA PUTERA.
  
Filem Tanda Putera ini berkisarkan tentang rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pada awalnya penonton disajikan dengan pergolakan di antara rakyat bangsa Melayu dan Cina. Kebanyakan Props yang digunakan dalam filem ini adalah betujuan untuk kekerasan dan pergaduhan. Contohnya, di awal permulaan filem ini, terdapat beberapa orang cina sedang memukul orang melayu dengan menggunakan kayu. Kayu, besi, dan parang digunakan oleh rakyat yang berbangsa cina dalam pergaduhan tersebut. Ia digunakan sebagai alat untuk membunuh dan mencederakan pihak lawan terutamanya pihak polis dan orang berbangsa Melayu. Dalam file mini pentingnya penggunaan kayu, besi dan parang dengan tujuan babak bunuh-membunuh dan babak pergaduhan kelihatan lebih realistik.



Tak lupa juga dengan penggunaan pistol dan senapang yang digunakan oleh komunis serta pihak subersif untuk membunuh orang kampung. Banyak babak bunuh-membunuh contohnya di minit 1.13.42 iaitu babak ketika ketua polis dibunuh, watak musuh menggunakan pistol dan babak itu kelihatan lebih realistik. Jika pistol tidak digunakan dalam babak itu, pasti babak itu kelihatan tidak realistik. Hal ini dapat membantu para penonton untuk lebih menghayati sebuah filem yang bersifat realistik. Para penonton dihidangkan dengan gambaran visual tentang situasi yang tidak pernah mereka lalui, bahkan ia dapat membantu menambahkan semangat cinta dan sayang pada tanah air kerana ketidaksanggupan melihat kekejaman komunis.


Dalam filem ini juga ada menggunakan akhbar sebagai mediu menyampaikan maklumat seperti berita terkini tentang keselamatan Negara dan tentang politik. Pada era itu, akhbar sudah menjadi sebuah media massa yang sangat popular. Bahkan semua berita akan diterbitkan terus ke akhbar untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia.
Tak lupa juga penggunaan Televisyen dalam filem ini, televisyen erupakan salah satu daripada media elektronik yang digunakan untk menyampaikan maklumat. Dalam filem Tanda Putera, Negara sudah merdeka, sekitar waktu itu ekonomi Negara baru mencipta platformnya untuk berkembang lebih luas. Namun pada waktu itu penggunaan Televisyen sudah berleluasa. Bahkan di setiap hotel juga mempunyai sebuah televisyen untuk kegunaan pengunjung. Dalam filem ini, fungsi televisyen itu adalah sebagai medium menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia. Contohnya penggunaan televisyen untuk menyampaiakn berita dukacita dalam babak akhir, apabila Dato Hussein Onn menyampaikan berita kemangkatan YAB Perdana Menteri  Tun Haji Abdul Razak Hussein.
  
Seterusnya penggunaan poster dan cat merah yang bertanda X , juga digunakan dalam filem ini. Ketika rusuhan kaum 13 Mei  antara kaum cina dan kaum melayu, semua kaum cina memboikot pilihan raya. Mereka membunuh dan menconteng poster pilihan raya dengan menggunakan cat merah. Terdapat babak yang memaparkan adegan ini. Merah adalah symbol kepada kematian. Seiring dengan warna darah. Merah selalu digunakan untuk bertujuan ke arah kematian. Dalam file mini, mereka menggunakan cat merah untuk menconteng poster pilihan raya sebagai simbol penentangan terhadap kerajaan. Ini menunjukkan rasa tidak puas hati kaum cina. Penggunaan cat merah simbolik tentang pertumpahan darah bagi mereka yang terlibat dalam rusuhan kaum tersebut.   


Ketika laungan protes kaum cina, mereka juga ada memegang sepanduk dalam bahasa cina sambil melaungkan suara “melayu pergi mati”. Penggunaan sepanduk ini menambahkan situasi pengambaran lebih realistic seiring dengan rusahan kaum dahulu. Hal ini membantu para pelakon untuk menjiwai watak. Bahkan dengan cara ini, ia memberi kesan kepada penonton tentang kekejaman yang dilakukan pada rusuhan kaum 13 Mei. dengan cara ini penonton akan lebih berimiginasi jauh tentang situasi dalam peristiwa hitam tersebut.


WATAK DAN PERWATAKAN DALAM FILEM TANDA PUTERA.
Dalam filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba, watak yang ingin saya kaji ialah watak Ismail bin Abdul yang dibintangi oleh Zizan Nin. Dalam filem ini, penonton dibawa menyelami hubungan persahabatan antara Tun Abdul razak dan Tun Dr. Ismail. Kita dapat melihat bagaimana Zizan Nin begitu menjiwai watak yang diberikan. Beliau sanggupp mengetepikan masalah kesihatan yang beliau hadapi bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada tercetsnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Sikap jujur dan berintegriti beliau membuatkan Tun Abdul Razak mengganggap beliau sebagai orang kepercayaannya. Sikap beliau yang tegas Berjaya beliau sampaikan kepada penonton dalam babak  ketika beliau dan Tun Abdul Razak ditemu ramah oleh beberapa media. Bagi saya dia Berjaya menjiwai watak ini hingga kepergian beliau memberi kesan yang mendalam kepada penonton. Dari tidak mengenali sosok yang digelar Ismail Bin Abdul, namun kini rakyat Malaysia mengenali beliau sebagai seorang yang amanah dan bertanggungjawap dalam pekerjaanya.
Rusdi Ramli dengan jayanya memegang watak sebagai Tun Abdul Razak Hussein sangat dikasihi oleh rakyat. Dalam cerita ini, Tun Abdul Razak mempunyai sifat yang sangat murni sehinggakan beliau sanggup mengetepikan soal kesihatan dirinya walaupun dia menghidap penyakit Leukemia peringkat akhir. Tambahan pula, perwatakan Tun Abdul Razak yang bersifat mengutamakan kepentingan rakyat, cinta akan tanah air jelas dipaparkan dalam setiap babak dalam cerita ini. Tun Abdul Razak adalah seorang yang mempunyai sifat yang sangat bermurah hati dan sentiasa turun padang melihat kehidupan rakyatnya.
Sehubungan itu, watak oleh Rusdi Ramli ini sangat berjaya dan mampu membuat penonton fokus dan tersentuh dengan setiap ekspresi, penyampaian dan pembawaan karakter oleh beliau. Hal ini dapat dibuktikan dalam scene terakhir yang mana ketika beliau sedang nazak, ekspresi yang ditunjukkan oleh beliau sangat terkesan di hati penonton sehingga membuatkan penonton menitiskan air mata dan membayangkan keadaan sebenar Perdana Menteri Kedua tersebut.
Sifat yang pengasih dan penyayang dalam diri Tun Abdul Razak apabila ketika beliau mengetahui dia menghidapi penyakit namun beliau sentiasa berlakon kelihatan sihat di hadapan isterinya dan anak-anaknya. Hal ini kerana Tun Abdul Razak tidak mahu isteri dan anaknya bimbang akan dirinya. Tambahan pula, ketika kematian Tun Ismail bin Abdul, beliau telah mengarahkan pegawai yang berkenaan bernama Saadon untuk menggali kubur arwah dan dipindahkan ke makam kepahlawanan kerana menurutnya, Tun Ismail bin Abdul adalah orang kepercayaannya yang sangat berbakti dalam negara.
Manakala watak isteri kepada Tun Abdul Razak dipegang oleh Faezah Ilai yang dipanggil Toh Puan, merupakan seorang isteri yang sentiasa menjadi tulang belakang Tun Abdul Razak, memberikan kata nasihat dan sokongan apatah lagi ketika Perdana Menteri merasa hilang semangat. Hal ini dapat dibuktikan dalam babak ketika Tun Abdul Razak berada di sebuah klinik London untuk menerima rawatan, Toh Puan berkata kepada Tun Abdul Razak “…you kata nak rakyat tengok PM mereka sihatkan sebelum balik nanti?”. Jelas sifat positif yang ada dalam diri Toh Puan.
Komunis merupakan salah satu watak yang terdapat dalam filem ini. Watak komunis menjadi salah satu konflik dalam penceritaan filem ini. Setiap anggota yang berjawatan tinggi dalam parlimen Malaya akan dibunuh oleh pihak komunis dek kerana tidak mahu menyokong kemerdekaan yang diperoleh dan hanya dikuasai oleh orang Melayu menyebabkan komunis membuat orang Cina menentang pihak kerajaan. Pihak komunis mendapat bayaran dengan setiap kali pembunuhan dilakukan. Perwatakan mereka tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh rakyat yang menyokong pihak kerajaan.

LATAR MASA DAN TEMPAT PADA POSTER FILEM TANDA PUTERA

Latar masa dan tempat filem Tanda Putera menunjukkan dua latar yang berbeza iaitu latar pada zaman moden dan juga latar pada zaman kolonial. Pada tahun 1969 iaitu perikatan menanag majoriti tipis menunjukkan imbas kembali pada zaman kolonial. Latartempat juga menunjukkan kampung Felda yang ke -30 iaitu dimana waktu tersebut, penjajahan masih berlaku oleh orang-orang Komunis. Selain itu, pada tanggal 11 Meo 1969 telah terjadi rusuhan kaum di Kampung Baru antara kaum cina dan kaum melayu. Pada tanggl 13 Mei 1969 telah terjadi pergaduhan besar antara kaum cina dan kaum melayu di Setapak.

BUSANA DAN MAKE UP

Tata rias dan tata busana merupakan pasangan yang tidak dapat dipisahkan dalam penyampaian tarian ataupun bidang lakonan. Penggunaan kostum yang sesuai juga dapat menambahkan lagi aura dalam lakonan berikutan dengan tema sesuatu penceritaan agar lebih jelas dipertontonkan. Pastinya penggunaan kostum dan sesuai hendaklah digunakan mengikut latar belakang penceritaan cerita tersebut. Setiap pelakon akan memegang watak yang berbeza iaitu watak antagonis dan protagonist. Penggunaan pakaian dan tata rias akan mempengaruh watak-watak tersebut menerusi pemakaian dan tata rias mereka. Bahkan penggunaan warna yang sesuai dalam pemakaian juga diambil kira dalam menimbulkan watak mereka.
Menurut Harymawan (1993:134), tata rias itu adalah seni menggunakan bahan-bahan kosmetik untuk mewujudkan wajah peranan watak dengan memberikan perubahan kepada pelakon dengan suasana yang sesuai dan wajar. Penggunaan make up itu perlu untuk memperkuatkan lagi watak yang dibawa oleh pelakon. Sebagai contoh dalam filem tanda Putera ini yang menceritakan tentang hal-hal yang berlaku pada zaman selepas kemerdekaan. Tema yang diangkat dalam filem ini adalah tentang perjuangan. Oleh itu, penggunaan make up yang sesuai seperti sederhana dan tidak berlebih-lebihan digunakan.
Penggunaan make up yang pucat digunakan dalam beberapa watak yang menunjukkan dalam keadaan sakit iaitu apabila watak Tun Abdul Razak dikhabarkan menghidap sakit luekemia, beliau sering dimake upkan dengan make up yang pucat daripada watak-watak lain. Selain itu, Tun Ismail juga merupakan salah satu yang menggunakan make up pucat ketika hari terakhir beliau melawat isterinya yang terlantar di hospital selain ketika dia meninggal dunia. Malah, watak isteri Tun Ismail iaitu Neno juga ditacapkan menjadi pucat apabila beliau terlantar di hospital. Seterusnya, penggunaan make up yang bersahaja dan tidak berlebihan digunakan dalam filem ini iaitu pada majlis antara keluarga Tun Abdul Razak dengan Tun Ismail. Toh Puan Rahah dan Puan Neno menggunakan sentuhan yang sederhana sesuai dengan majlis yang mereka raikan. Berbeza pula ketika mereka berada di rumah, Puan Neno kebiasaannya hanya meletakkan apa-apa sentuhan yang paling ringan seperti berbedak dan bergincu. Selain itu, watak-watak lain seperti Kara, Zah, Johan, Sarjan Musa, bahkan watak penduduk Melayu, Cina dan India hanya mengenakan sentuhan make up bersahaja mengikut watak mereka iaitu penduduk kampong. Di samping itu, watak ahli parlimen seperti Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Ismail ditambah dengan sentuhan  pada rambut mereka dengan sedikit warna putih untuk menunjukkan bahawa mereka berusia lanjut.
Manakala kostum pula merupakan pakaian yang akan digunakan oleh pelakon mengikut perwatakan mereka dalam penceritaan tersebut. Sebagai contoh dalam filem Tanda Putera ini, pihak pembangkang yang berbangsa Cina mula menghuru-harakan keadaan dengan menghasut bangsa mereka untuk menunjukkan sikap protes terhadap pemerintahan Tun Abdul Rahman sehingga beliau meletak jawatan. Para komunis ini menggunakan baju seragam berwarna hijau muda yang menunjukkan bahawa mereka merupakan anggota tentera. Selain itu, polis-polis pula mengenakan baju seragam berwarna coklat muda dan berseluar paras lutut seperti zaman dahulu ketika Jepun menjajah Tanah Melayu. Watak-watak orang kampong pula mengenakan sarung batik dan bertudung bagi pihak perempuan dan menggunakan kemeja berlapis baju t-shirt di dalam. Manakala orang-orang atasan pula mengenakan pakaian yang casual dan kemas seperti kot, kemeja, tali leher, kebaya, blouse dan juga baju Melayu serta bersongkok bagi menunjukkan mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Namun diselitkan juga kehidupan di alam universiti dengan pemakaian segelintir pelajar yang tidak mematuhi undang-undang dengan menggunakan skirt pendek separas lutut dan paha mereka, ini menuntukkan bahawa pelajar-pelajar ini mengikuti fesyen daripada barat yang tidak berpakaian sopan.  
Penggunaan warna dalam pemakain juga membawa maksud terhadap situasi yang berlaku ketika itu. Contohnya, ketika insiden Tun Ismail dan Tun Abdul Razak meninggal dunia, para keluarga dan orang ramai menggunakan baju Melayu dan kurung yang berwarna hitam dan putih yang membawa maksud kesedihan bagi warna hitam dan warna putih adalah warna kesucian. Selain itu, penggunaan pakaian yang berwarna warni membawa maksud keceriaan dan juga berjiwa muda seperti dalam babak Puan Neno menghadiahkan tshirt berwarna warni kepada Tun Ismail agar Tun Ismail berjiwa muda kembali dan ceria. Tun Abd Razak juga mengenakan kemeja berwarna lembut atas saranan doktornya agar beliau ceria walaupun menghidap penyakit luekemia.
SIMBOL DALAM POSTER FILEM TANDA PUTERA
Simbolik yang terdapat dalam poster ini sangat banyak dan membawa maksud tertentu apatah lagi cerita Filem Tanda Putera ini adalah sebuah peristiwa sebenar milik negara dan rakyat. Simbolik yang pertama adalah dari aspek penggunaan jenis tulisan. Jenis tulisan digunakan adalah biasa dan mudah difahami, menurut pendapat saya ia adalah lambang kepada ketegasan seseorang pemimpin dalam menjaga hak rakyat, keamanan dan kedamaian serta tanggungjawab menjaga keselamatan negara. Manakala penggunaan warna putih pula diibaratkan kepada semangat suci murni pemimpin demi tanah air dan rakyat walaupun terpaksa bersengkang mata mencari ideologi demi menyatukan masalah dalam negara. Tambahan pula, pemimpin dalam cerita Tanda Putera adalah pemimpin negara yang sanggup berkorban nyawa demi menjaga hak rakyat dan negara.  
Selain itu, penggunaan gambar watak utama dalam poster ini jelas fungsinya kerana watak yang ditunjukkan ialah watak Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Toh puan atau Rahah isteri kepada Tun Abdul Razak dan Isteri kepada Tun Dr. Ismail, Neno. Pada pendapat pengkaji bahawa watak Tun Abdul Razak adalah watak seorang pemimpin yang berkaliber dan mementingkan rakyat serta negara. Manakala Watak Tun Dr. Ismail pula adalah watak orang kepercayaan Perdana Menteri dan sama-sama bekerja keras dalam menjaga keamanan negara. Di samping watak kedua pemimpin lelaki ini, diletakkan gambar wanita yang mana menunjukkan bahawa wanita adalah semangat kepada lelaki. Dalam erti kata lain, wanita yakni isteri adalah tulang belakang lelaki dan pepatah mengatakan bahawa di sebalik kejayaan seseorang suami (lelaki) terdapat seorang wanita di belakangnya yang sering memberi sokongan dalam suka dan duka.
Latar belakang poster pula menggunakan api yang melambangkan keadaan huru-hara apabila berlaku rusuhan perkauman dan ditandakan sebagai dendam yang timbul dalam hati rakyat Cina dan Melayu.


Comments

Popular posts from this blog

Unsur Budaya Dalam Filem Hati Malaya 1957

Pantun