Unsur Budaya Dalam Filem Hati Malaya 1957
BAHASA DAN POSTER (1957 HATI MALAYA) Filem 1957 Hati Malaya ialah sebuah filem buatan Malaysia yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn. Bhd yang bertemakan anak-anak muda menghayati sejarah negara dan erti kemerdekaan dan semangat nasionalisme. Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman yang merupakan pengasas bagi Parti Perikatan yang menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama pada tahun 1957 walaupun mendapat tentangan hebat dari British ketika itu. Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik dalam kalangan penonton. Filem arahan Shuhaimi Baba ini sememangnya menampilkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada pelakon yang melakonkannya bahkan penonton juga dapat merasakan semangat perjuangan ketika itu. Bahasa yang digunakan dalam poster filem ini adalah sangat jelas memfokuskan tentang pengorbanan seluruh orang Malaya dalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Teks “HATI MALAYA” yang
Comments
Post a Comment