Unsur Budaya Dalam FIlem Tanda Putera
BAHASA DAN POSTER (TANDA PUTERA) Tanda putera merupakan sebuah filem yang memaparkan suka duka kisah benar yang pernah berlaku pada zaman kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Filem ini mengisahkan persahabatan akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakitnya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Bahasa yang digunakan dalam teks “TANDA PUTERA” jelas menunjukkan bahawa aspek patrotisme sangat ditekankan dalam filem ini. Hal ini kerana filem ini boleh menjadi teladan kerana walaupun kedua-dua tokoh sedang menyabung nyawa, namun mereka berdua tetap bergadai nyawa demi mempertahankan negara dan tanah air. Teks itu membawa maksud tentang keberanian, dedikasi dan patriotisme kedua-du